Sebab Ini Rupanya Harga Minyak Gagal Tembus $100!

763

Harga minyak didagangkan lebih rendah pada hari Jumaat, terkesan oleh pengambilan untung dan jangkaan peningkatan bekalan oleh Rusia dan Arab Saudi.

Komoditi hitam itu sebelum ini melonjak ke puncak tertinggi lebih satu tahun, menyaksikan dagangan Brent mencapai harga $95.91 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula $94.99 setong.

Namun, pada sesi Asia hari ini, niaga hadapan minyak Brent diniagakan sedikit lebih rendah pada $93.11 setong manakala dagangan WTI AS pula susut pada sekitar harga $91.75 setong.

Hal ini mungkin disebabkan pelabur mengambil keuntungan selepas harga melonjak tinggi, dan ada yang bimbang bahawa kadar faedah yang tinggi akan menjejaskan permintaan minyak.

Selain itu, OPEC+ yang akan bermesyuarat pada minggu depan kini menjadi tumpuan dengan jangkaan Arab Saudi dan Rusia mungkin mahu meningkatkan bekalan berikutan lonjakan harga minyak hampir 30% pada suku ketiga.

Meskipun begitu, keadaan bekalan yang ketat di Amerika Syarikat dilihat masih menyokong harga untuk kekal stabil, di mana penyimpanan di Cushing, Oklahoma kini berada pada paras terendah sejak Julai 2022.

Di samping itu, ekonomi AS yang mengekalkan kadar pertumbuhan kukuh pada suku kedua dan prospek lebih baik pada suku semasa juga memberi petanda bahawa permintaan bahan api akan terus menguat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat