Sebahagian Negara Bakal Menghadapi Kemelesetan Berganda? Risiko Krisis Hutang Meningkat!

306

Sebagaimana sedia maklum bahawa banyak negara sedang menghadapi fasa kemelesetan ekonomi berikutan kesan daripada penularan wabak Covid-19. Sebagai langkah membendung ekonomi terus meleset, pentadbiran kerajaan telah mengumumkan pakej perbelanjaan fiskal bagi membantu jutaan rakyat dan perniagaan mereka.

Perbelanjaan ini adalah diperlukan bagi menjana ekonomi dan hal ini diperakui oleh kebanyakkan pakar ekonomi. Walaubagaimanapun, langkah ini memiliki risiko tersendiri iaitu jumlah hutang yang bakal meningkat dari masa ke semasa. Situasi terburuk ialah sebahagian negara bakal berhadapan kemelesetan yang lebih buruk kerana diikuti oleh krisis hutang.

Menurut Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian negara berkemungkinan berhadapan dengan krisis hutang.”Tumpuan para pemerintah pada ketika ini ialah meningkatkan perbelanjaan fisal bagi memerangi pandemik ini, mempertahankan ekonomi dasar dan menjaga para pekerja daripada kehilangan pekerjaan. Namun hasil defisit fiskal akan meningkat dengan mendadak pada tahun-tahun mendatang”.

Sebelum negara ditimpa bencana wabak Covid-19, pada awal Januari, Bank Dunia telah mengeluarkan amaran akan risiko krisis hutang global yang baru. Ia menggambarkan gelombang pengumpulan hutang semasa yang bermula pada tahun 2010.Dimana pada tahun 2010, berlakunya peningkatan terbesar dan pertumbuhan terpantas dalam pinjaman global sejak tahun 1970an.

Pada separuh pertama tahun 2019, hutang global meningkat sebanyak $ 7.5 trilion dan secara tidak langsung jumlah hutang telah mencatat sebanyak $ 250 trilion, menurut Institut Kewangan Antarabangsa. Berdasarkan analisis Institute for International Finance(IIF), ” tanpa ada tanda-tanda bahawa hutang global akan berhenti bertumbuh, kami menjangkakan beban hutang global akan melebihi $ 255 trilion pada 2019, sebahagian besarnya didorong oleh AS dan China”. Kenyataan ini dikeluarkan oleh IIF pada akhir tahun 2019 sebelum terjadinya pandemik.

Kini, IMF menjangkakan bahawa ekonomi global tahun ini “kemungkinan besar” akan mengalami krisis kewangan terburuk sejak kemelesetan terbesar ekonomi pada tahun 1930. IMF menjangkakan ekonomi global akan menurun sebanyak 3% pada tahun 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat