Sebahagian Saham Berkemungkinan Akan Terjejas Sehingga 10% Jika Perang Dagang Terus Tegang!

768

Pada hari ini, penggera loceng semakin berbunyi dalam pasaran kewangan. Para pelabur semakin mengambil sikap berhati-hati dengan memindahkan pelaburan mereka ke tempat lain antaranya ialah pasaran bon berikutan kekhuatiran terhadap perang dagang yang semakin tegang.

Pada hari Rabu, sebuah media yang dimiliki oleh Parti Komunis pemerintah di China telah memberi amaran bahawa Beijing bersiap sedia untuk menggunakan elemen nadir bumi sebagai senjata sokongan dalam perang dagang berdepan Amerika Syarikat.

China bahkan mengeluarkan nada yang lebih tegang iaitu dengan mengatakan “jangan katakan yang kami tidak memberi amaran”.

Pada bulan Jun ini, kita dapat menjangkakan President Donald Trump dan President Xi Jinping akan bersua dalam rundingan G20.

Beberapa penganalisis telah mengeluarkan analisa mereka. Situasi terburuk kita boleh jangkakan ialah tiada apa-apa perkembangan dalam rundingan US-China dan hal ini akan membawa US menambahkan tarif ke atas China. Maka akan menambahkan lagi ketegangan perang dagang dan penyusutan matawang akan dilakukan.

Yang akan paling terkesan ialah syarikat-syarikat sektor runcit seperti runcit alatan sukan Nike, pengeluar iPhone (Apple) atau syarikat farmasi, dimana kebanyakkan syarikat ini mengaut keuntungan dari luar. Jika China menyusutkan matawangnya, hasil yang didapati dari negara tersebut akan terkesan apabila ditukarkan kepada dolar. Akhir sekali berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh Nordea Asset Management, kemungkinan akan terdapat pullback dalam pasaran saham dari 5% ke 10% dalam jangka pendek.

Namun berita baiknya, syarikat yang berorientasi perkhidmatan mungkin tidak akan terlalu terkesan. Buat masa ini pelabur lebih menyukai ekuiti yang lebih selamat seperti bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat