Sebelum Mula Trade, Anda Perlu Tahu Perkembangan Matawang Ini!

744

Dolar greenback terus didagangkan lemah pada hari Rabu sesi Asia ketika perkembangan mengenai vaksin coronavirus dan kurangnya ketidakpastian dalam politik AS telah mendorong peningkatan dalam pasaran saham AS.

Ini jelas ditunjukkan daripada lonjakan indeks saham Dow Jones yang menembusi tahap 30,000 buat kali pertama dalam sejarah ketika ditutup pada sesi sebelum ini, di samping turut mencatatkan peningkatan bulanan terbesar sejak tahun 1987.

Kemerosotan US dolar kemungkinan akan berlanjutan berikutan harapan pasaran terhadap vaksin dan ketidakpastian politik yang semakin mereda serta jangkaan pemilihan bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Janet Yellen sebagai setiausaha Perbendaharaan baru, telah mengurangkan ketidakpastian besar bagi pelabur.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan susut pada 92.10.

Dolar Aussie bergerak tinggi di paras ketinggian dua bulan, sementara dolar New Zealand pula menguat di tahap tertinggi lebih dua tahun berbanding USD. Kedua-duanya dianggap sebagai barometer sentimen risiko kerana ekonomi yang bergantung tinggi terhadap perdagangan komoditi global.

Matawang euro terus mengekalkan momentum pengukuhan selepas berjaya menembusi paras harga 1.1900 berbanding USD, naik ke paras ketinggian dua minggu.

Sementara matawang pound sterling pula terus didagangkan menguat di paras ketinggian hampir dua bulan, disokong oleh harapan Brexit walaupun tiada perkembangan baru yang dilaporkan mengenai rundingan tersebut.

Sentimen semasa turut menyokong dagangan dolar Kanada untuk diniagakan di tahap ketinggian dua minggu berbanding USD selain turut disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat