“Setiap hari ada je SEC ni nak saman orang, boleh tak chill sekejap.”
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) sekali lagi bertindak agresif dengan memfailkan saman terhadap Richard Schueler atau lebih dikenali sebagai Richard Heart iaitu pengasas protokol HEX dan PulseChain atas kesalahan penjualan sekuriti tidak berdaftar.
Dilaporkan bahawa Heart didakwa mengumpul sebanyak $1 bilion untuk penjualan token dikaitkan dengan protokol PulseChain, PulseX dan HEX yang dianggap sebagai sekuriti aset digital tidak berdaftar sejak dahulu lagi.
Selain menuduh Heart mempromosikan pelaburan tersebut untuk jana kekayaan semata-mata, SEC turut mendakwanya menawarkan produk staking yang mampu memulangkan sehingga 38% kepada para pelabur tetapi tindakan itu sama sekali tidak selamat.
Hal ini kerana Heart menyeru pelabur membeli sekuriti aset kripto dalam tawaran gagal didaftarkannya kemudian menipu mereka dengan membelanjakan sebahagian besar daripada aset digital pelabur untuk barangan mewah, ulas Erec Werner iaitu Pengarah Pejabat Wilayah Fort Worth.
Namun perlu diketahui SEC yang mengenakan bayaran kepada Heart bukanlah sesuatu perkara mengejutkan untuk pelabur kripto susulah mereka telah terbiasa dengan tindakan penguatkuasaan oleh pengawal selia.
Memang tidak dinafikan HEX dan PulseChain agak kurang popular berbanding projek Web3 lain yang telah didakwa oleh SEC, tetapi kesan tuntutan mahkamah berkemungkinan terus dirasai secara menyeluruh.
Sehingga berita ini ditulis, harga HEX menjunam sebanyak 23.63% pada paras $0.006 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 bilion manakala PulseChain (PLS) pula tergelincir sehingga $0.00006 daripada $0.0001.