“Wow lepas ni mesti ramai lagi yang nak mohon untuk spot BTC ETF kan.”
Permohonan BlackRock untuk mendapatkan Bitcoin (BTC) dana dagangan bursa (ETF) telah diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) apabila permintaannya didapati serupa seperti Bitwise.
Walaupun ia adalah salah satu langkah awal, pengakuan SEC yang ingin memulakan proses semakan rasmi untuk cadangan ETF BlackRock menunjukkan bahawa pengawal selia bersedia meneroka spot BTC ETF dengan lebih mendalam.
Umum mengetahui ETF ialah dana pelaburan mengikut indeks tertentu yang biasanya didagangkan di bursa dan dalam pasaran kripto, dana mencerminkan nilai berbilang aset digital dikenali sebagai ETF kripto.
Pada hari Jumaat minggu lepas, SEC mengumumkan bahawa mereka berada dalam proses menyemak permohonan ETF oleh beberapa bursa seperti Wise Origin BTC Trust, WisdomTree, VanEck dan Invesco Galaxy.
Suka dimaklumkan BlackRock yang berhasrat menyertai perlumbaan BTC ETF dengan memeterai perjanjian bersama Coinbase untuk “surveillance-sharing”* adalah sangat penting susulan kedudukannya dalam industri kewangan.
*Pasaran berkaitan BTC mesti berkongsi maklumat tentang aktiviti perdagangan pasaran
Pelbagai syarikat yang bersaing untuk menjadi bursa pertama melancarkan BTC ETF di AS merupakan perkembangan positif untuk pasaran kripto ekoran apabila terdapat banyak pemfailan, peluang kejayaan juga akan semakin meningkat.
Memang tidak dinafikan SEC masih belum meluluskan spot BTC ETF di AS tetapi produk kewangan tersebut sudah tersedia di Kanada, di mana permohonan ETF oleh Purpose BTC, 3iQ CoinShares dan CI Galaxy BTC telah diluluskan.