Secawan Kopi NFT? Starbucks Akan Lancarkan Perniagaan NFT Pada Hujung Tahun Ini!

352

CEO Starbucks, Howard Schultz mendedahkan syarikat sedang bersiap-sedia untuk sertai perniagaan non-fungible token (NFT), seawal-awalnya pada hujung tahun ini.

Dalam sebuah program Open Forum pada 4 April, Schultz akui ekosistem ini masih terlalu tunas tetapi tidak bererti rantaian kopi terkemuka ini tidak boleh menyertai NFT.

Starbucks bukan sahaja memiliki keupayaan untuk turut serta dalam trend tersebut, tetapi mereka juga memiliki koleksi terbaik selayaknya dijadikan NFT:

“Cuba lihat syarikat-syarikat, jenama-jenama besar, selebriti, dan influencers yang cuba untuk hasilkan platform dan perniagaan NFT. Saya tak nampak mana-mana projek yang setara dengan keunikkan Starbucks, bermula daripada koleksi sehingga seluruh ekosistemnya.”

Jenama kopi ini mungkin satu-satunya yang memiliki tradisi berzaman, sejarah, dan koleksi tersendiri dari seluruh dunia yang tiada penghasil digital yang mampu menyainginya.

Tidak mustahil jika Starbucks akan bangkit menjadi platform NFT terkemuka di dunia memandangkan nilai pasaran Starbucks kini kira-kira $96.7 bilion, sedangkan OpenSea cuma $13.3 bilion.

Ini juga bermakna Starbucks semakin mara menyertai metaverse!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat