Sedia Menanti ‘Ribut’ NFP, Emas Terus Kecundang

2,170

Emas terus tersungkur lebih rendah menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat, meletakkan dagangan logam berharga itu ke paras terendah dua minggu pada sesi Asia.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada Khamis, telah meningkatkan lagi optimisme pasaran untuk melihat kenaikan kadar faedah yang lebih cepat dari dijangkakan.

Ini turut disokong oleh kenyataan hawkish Presiden Federal Reserve (Fed) St Louis, James Bulard yang mengatakan mereka boleh menaikkan kadar faedah pada bulan Mac, iaitu ketika program pembelian bon berakhir.

Sementara Presiden Fed San Fransisco, Mary Daly memberitahu bahawa bank pusat perlu meningkatkan kadar faedah untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi.

Dengan jangkaan data NFP akan menunjukkan bacaan kukuh pada bulan Disember, pelabur yakin bahawa sasaran pekerjaan yang ditetapkan oleh Fed boleh dicapai.

Ini membuatkan pegangan terhadap logam berharga emas terus dilepaskan, selain turut terkesan dengan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi pada tahap 1.72%.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan lemah pada $1,790 per auns, sementara niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,789 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat