Sedih Sungguh! Pengasas Cardano Nak Bekerjasama, Tapi Elon Musk Tak Nak?

345

“Kenapa agaknya Musk cam tak suka kat Hoskinson? Ke ada yang cakap buruk pasal dia?”

Biarpun masih kecewa atas kekurangan kerjasama daripada Elon Musk, pengasas Cardano (ADA) Charles Hoskinson mendedahkan platform media sosial X berupaya memperoleh manfaat ADA melalui penyepaduan Midnight Protocol bagi privasi sangat diperlukan.

Selain Presiden Argentina Javier Gerardo Milei yang berkongsi detik umum bersama Musk telah mengakui kehadiran Hoskinson dengan menyiarkan semula siaran ADA di X, kedua-dua individu berpengaruh itu telah berkongsi mutual friend dalam Lex Fridman.

Namun, Musk tidak pernah sekali pun menyebut tentang ADA sungguhpun Hoskinson sudah menghubungi beliau beberapa kali, oleh itu Hoskinson berspekulasi Musk telah dipengaruhi dalam kalangan sosialnya yang mungkin mempunyai pandangan negatif terhadapnya.

Mungkin Musk berpandangan Hoskinson sukar untuk bekerjasama atau beliau hanya mahu melakukan perkara sendiri dan ini membuatkan pengasas ADA tersebut sangat sedih susulan beliau memiliki berjuta-juta pengikut dan ia akan menjadi masalah jika platform itu runtuh.

Memang tidak dinafikan Hoskinson tidak berjaya dengan Musk, tetapi beliau bukan sahaja tetap menyatakan hasratnya untuk melihat X berkembang maju malah menawarkan untuk menyumbang pada proses itu dalam apa jua cara sekalipun.

Hoskinson turut mengagumi Musk yang berjaya menjalankan X dengan hanya satu per sepuluh daripada kekuatan kakitangan Twitter dan perlu diketahui beliau pecat ramai bekas pekerja sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk mengurangkan kos lepas ambil alih perniagaan.

Secara keseluruhannya, Hoskinson menyatakan keterbukaannya bagi bekerjasama dengan Musk untuk melihat lebih banyak penggunaan kripto pada X.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat