Sehari Je Ethereum Catat Rekod Tertinggi Lebih $1,100!

607

Ethereum (ETH) mencatat sejarahnya tersendiri kurang daripada 24 jam dengan melonjak melebihi $1,100 sebentar tadi.

Baru sebentar tadi Team Intraday melaporkan all-time high ETH 2021 mencecah $1,005 yang direkodkan pada awal pagi tadi sebelum rekod ATH sekali lagi pada paras $1,140!

Ini bermakna aset tersebut telah mengaut keuntungan sebanyak 42.4% daripada paras terendah 24 jam iaitu $794.

Permodalan pasaran Ethereum turut meningkat melebihi $100 bilion buat kali pertama setelah rekod tertinggi tiga tahun lalu.

Dengan nilai mencecah $125 bilion, ETH memiliki permodalan pasaran 500% lebih tinggi berbanding Tether yang mencatatkan rekod $21 bilion.

Penganalisa industri, Luke Martin menyifatkan kemunculan altseason telah ‘menghidupkan’ sekumpulan altcoins yang jauh ketinggalan. Misalnya seperti Cardano dan Chainlink menunjukkan perubahan harga yang positif.

Bagaimanapun, lonjakan Ethereum memberi dua kesan. Pertama, jumlah ETH yang dipertaruhkan dalam kontrak deposit Beacon Chain kini bernilai $2.4 bilion pada harga semasa.

Kedua, peningkatan caj transaksi di rangkaiannya turut meningkat ketika permintaan melonjak tinggi. Rekod Bitinfocharts.com menunjukkan caj telah meroket ke tahap ketiga tertinggi dengan harga melebihi $13.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $1,072 sedikit susut dari $1,140.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat