Sejauh Manakah REEF Akan Bertahan?

602

Reef, platform DeFi (Decentralize Finance) yang dibina di Polkadot dengan tujuan untuk menyampaikan perdagangan cross chain. Ia merupakan sebuah enjin dan pengagregat kecairan pintar yang diasaskan oleh Denko Mancheski.

Reef mengumumkan akan melancarkan mainnet Reef Chain versi Canary. Reef Chain adalah sebuah rangkaian blockchain yang tertumpu kepada DeFi menggunakan rangka kerja ‘Substrate’, yang menawarkan pelbagai ciri untuk menguasai DeFi DApps.

Reef Finance juga telah memperkenalkan pelbagai produk hasil DEFI dalam tempoh yang singkat iaitu ‘Reef Bonds’ dan ‘Reef Baskets’ bertujuan untuk mempermudahkan lagi usaha dalam pelaburan dan pengurusan portfolio.

Mari perhatikan pergerakan harga pada carta REEF/USDT.

Kenaikan harga pada minggu ini terhalang di paras rintangan $0.037 sebelum harga susut semula ke zon SBR (support become resistance) sekitar $0.035.

Dapat dilihat REEF menyaksikan lonjakan harga lebih 120% pada pembukaan pasaran minggu ini. Paras harga $0.058 merupakan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan.

Jika diperhatikan, pergerakan harga REEF telah menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar paras $0.034-$0.036. Paras zon tersebut perlu dilepasi oleh REEF sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan menguji zon resistance yang pernah dicapai sekitar harga $0.054-$0.057.

Tetapi jika pergerakan harga bagi REEF terus membuat penurunan yang lebih rendah lagi, zon RBS sekitar $0.025–$0.028 bakal diuji terlebih dahulu.

Ketika penulisan, REEF didagangkan pada $0.31, susut hampir 11% dalam 24 jam. Koin ini kini berada di kedudukan ke-117 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto REEF/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat