Sekali Lagi GBP/USD Gagal Tembus Rintangan Kental $1.2700!

118

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam menunjukkan peningkatan pada sesi Asia, namun berlaku terjunan harga semula di sesi New York.

Kenaikan harga dilihat sekali lagi terkandas pada paras rintangan 1.27000 seperti yang telah diuji pada minggu lalu.

Reaksi lonjakan harga menguji paras itu berlaku ketika data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan di sesi New York semalam.

Namun, sebaik sahaja menguji rintangan itu, harga kembali menjunam hingga ke paras sekitar 1.26400 sebelum pergerakan harga mula perlahan menuju penghujung sesi.

Mencetuskan isyarat bearish buat harga apabila penurunan di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Pergerakan harga juga perlahan di bawah garisan halangan MA50 itu pada sesi Asia pagi ini (Selasa).

Jika penurunan lebih rendah berlaku selepas ini, sasaran harga adalah dilihat untuk menuju zon support pada 1.26000.

Namun, akan menjadi isyarat untuk pergerakan menaik buat harga semula jika kembali melepasi halangan MA50.

Seterusnya, harga akan cuba untuk sekali lagi menguji paras rintangan 1.27000 yang masih kental untuk dilepasi sejak minggu lalu sehingga semalam.

Setelah berjaya harga tembusi rintangan itu, kenaikan lebih tinggi akan menjangkakan harga untuk menuju sehingga sekitar 1.28000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat