Sekali Lagi RBA Kejutkan Pasaran, Kadar Faedah Terus Naik!

333

Reserve Bank of Australia (RBA) sekali lagi mencipta kejutan selepas ia tanpa dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.10% pada mesyuarat terbarunya.

Berikut merupakan rincian utama yang diambil daripada mesyuarat tersebut.

  • Inflasi telah mencapai kemuncaknya, tetapi masih terlalu tinggi.
  • Ia akan mengambil lebih masa sebelum kembali dalam julat sasaran bank pusat.
  • Pertumbuhan ekonomi telah perlahan dan pengukuhan pasaran buruh berkurangan.
  • RBA kekal berwaspada terhadap risiko jangkaan inflasi tinggi yang berterusan mendorong kepada kenaikan lebih besar dalam harga dan gaji.
  • Laluan untuk mengelakkan kemelesetan kekal sempit.
  • Prospek penggunaan isi rumah kekal menjadi faktor utama kepada ketidakpastian.
  • Terdapat juga ketidaktentuan mengenai ekonomi global, yang dijangka berkembang pada kadar di bawah purata dalam beberapa tahun akan datang.
  • Beberapa pengetatan lanjut dalam dasar monetari mungkin diperlukan untuk inflasi kembali ke sasaran dalam jangka masa yang munasabah.
  • Namun, ia akan bergantung kepada bagaimana ekonomi dan inflasi berkembang.

Ekoran daripada minit yang diterbitkan dapat dilihat bahawa para penggubal dasar RBA sedikit hawkish berikutan peningkatan semula inflasi Australia baru-baru ini.

Dolar Aussie melonjak tinggi sebaik sahaja data tersebut diterbitkan dengan melonjak ke paras tertinggi tiga minggu pada sekitar harga 0.6678 berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat