Seperti minggu lalu, dagangan Pound pada awal minggu ini masih membuatkan pelabur gelisah dengan pergerakan agresif pada carta harga.
Seawal sesi Asia bermula, matawang Pound telah menunjukkan peningkatan nilai dengan pengukuhan lanjut dipamerkan pada dagangan yang bersambung di sesi Eropah semalam.
Pelabur meletakkan keyakinan untuk rundingan Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) akan mencapai persetujuan rundingan bagi mengakhiri drama Brexit yang berlarutan selama 5 tahun.
Namun, penyusutan semula Pound di sesi New York berlaku susulan kebimbangan buat pelabur setelah UK menyatakan bahawa tiada kepentingan lagi untuk meneruskan rundingan jika tiada perubahan pada pendekatan daripada EU.
Perkembangan lanjut akan terus dipantau untuk mendapatkan isyarat lebih jelas hala tuju rundingan Brexit ini.
Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga telah pamerkan kenaikan sebaik sahaja sesi Asia bermula semalam melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam.
Lonjakan lebih tinggi dipamerkan pada sesi Eropah dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 130 pips mencapai paras ketinggian 1.30200.
Namun harga kembali turun semula di bawah paras 1.30000 dan menutup dagangan di sekitar paras 1.29400 di atas paras sokongan MA50.
Jika kenaikan kembali diteruskan, paras 1.30000 akan kembali diuji dan jika harga berjaya melepasi paras tersebut, paras resistance minggu lalu sekitar 1.30800 akan menjadi destinasi kenaikan seterusnya.
Sebaliknya jika harga membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) dalam julat harga 1.29000-1.28500 akan kembali dituju harga.
Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut dilihat akan menuju zon support pada paras 1.27600.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI