Sekian Lama Menyepi, Pengerusi SEC Dedahkan Agenda Terkini SEC Terhadap Kripto!

861

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC), Gary Gensler tidak teragak untuk menyatakan secara terbuka bahawa beliau tertarik dengan kripto, namun perlindungan pelabur adalah satu keutamaan.

SEC menyatakan pihak beliau sedang berusaha menggubal satu pelan perlindungan untuk para pelabur dalam beberapa hari mendatang. Gary Gensler dalam wawancara bersama Bloomberg mendedahkan walaupun beliau menaruh minat terhadap kripto namun hal ini tidak bermakna kripto tidak perlu dikawalselia terutama mengenai hal perlindungan para pelabur.

Sejak Gensler menjadi pengerusi SEC, beliau telah menunjukkan pendekatan yang lebih lembut terhadap kripto, walaubagaimanapun dalam kesaksian dant tindakan awal sejak memangku jawatan pengerusi SEC menunjukkan beliau mempertahankan sikap yang serupa dengan pendahulunya.

Gensler juga memberi penekanan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk membawa pasaran kripto berada di bawah bidang kuasa SEC. Beliau mengatakan aset kripto seperti Bitcoin yang bertindak sebagai matawang namun dianggap sebagai komoditi. Namun aset kripto yang berjumlah ribuan semestinya harus ‘selamat’ dan mesti mematuhi peraturan SEC.

Menurut Gensler, dengan adanya peraturan dalam pasaran kripto, ia akan mendorong peningkatan dalam pelabur runcit dan institusi. Beliau memberikan contoh industri automobil yang menyatakan industri ini menjadi arus utama hanya setelah kerajaan menetapkan peraturan memandu dan menjadikannya lebih selamat untuk semua orang.

Disebalik semua ini, Gensler tidak memberi perincian mengenai rancangan SEC mengenai peraturan ETF Bitcoin. Gensler juga dalam masa yang sama mengungkapkan bahawa mereka berencana untuk membawa peraturan baru yang mewajibkan syarikat pelombongan BTC mengeluarkan laporan yang terkait risiko alam sekitar.

Pasaran kripto telah menunjukkan meningkat dua kali ganda dalam 6 bulan pertama 2021, meningkat kepada lebih dari 220 juta pengguna di seluruh dunia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat