Sektor DeFi Tonjolkan Keunggulan Walaupun Pasaran Kripto Dilanda Amuk

624

Penyusutan pasaran kripto pada minggu lepas nampaknya tidak menggoyahkan sektor DeFi.

Dilaporkan pertukaran desentralisasi (DEX) merekodkan jumlah dagangan sebanyak $11.7 bilion pada 19 Mei.

Uniswap (UNI) mendahului rekod tersebut dengan jumlah dagangan sebanyak $5.7 bilion diikuti SushiSwap (SUSHI) pada jumlah $2.8 bilion dalam tempoh 24 jam sesi dagangan.

Token utama DeFi seperti Maker (MKR), Aave (AAVE), Compound (COMP), termasuk UNI dan SUSHI tidak memaparkan penyusutan drastik, sekurang-kurangnya tidak melebihi 15% daripada penurunan harga ETH.

Sebaliknya, lebih ramai pengguna baru menyertai ekosistem DeFi dan dikatakan jumlah pelabur unik 30 hari di beberapa DEX utama telah mencapai rekod 1 juta untuk pertama kali.

Ini menjadikan Uniswap mengungguli carta dengan 815,000 pengguna unik bagi tempoh 24 April hingga 23 Mei, diikuti 1inch (1INCH) dengan rekod pengguna sebanyak 78,200 dan SUSHI sebanyak 10,900 pengguna.

Berdasarkan pemerhatian, pasaran stablecoin yang sihat dan kemampuan utamanya yang berpegang pada nilai dolar seperti USD Coin (USDC), Tether (USDT), dan Dai (DAI) menyumbang kepada pengukuhan sektor DeFi.

Ketika penulisan, dalam 24 jam masing-masing mencatatkan nilai:

  • ETH: $2,697 (susut hampir 4%)
  • UNI: $27.24 (meningkat hampir 3%)
  • SUSHI: $12.03 (susut 8.3%)
  • MKR: $3,691.77 (susut lebih 5%)
  • AAVE: $385.46 (meningkat lebih 1%)
  • COMP: $429.64 (meningkat lebih 1%)
  • 1INCH: $3.09 (meningkat 1.2%)
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat