Sektor Digital Malaysia Dijangka Capai RM140 Billion Pada 2025!

238

Penggunaan teknologi digital dalam pengaksesan kewangan seperti perbankan mudah alih, pembayaran kod QR, dompet digital dan jualan produk atas talian telah menyumbang sebahagian besar di dalam ekonomi digital Malaysia.

Sektor ini dijangkakan bakal mencapai nilai RM107 billion menjelang hujung tahun 2023 dan meningkat kepada RM325 billion pada 2030, menurut laporan e-Conomy Asia Tenggara.

Menurut laporan Google, Temasek dan Bain & Company itu turut menyatakan peningkatan ekonomi digital di Malaysia adalah selaras dengan pemulihan ekonomi negara.

Ekonomi digital Malaysia dilihat terus berada pada landasan yang baik iaitu dengan kadar pertumbuhan sebanyak 14% menjelang tahun 2025.

Pertumbuhan itu dijangka merangsang peningkatan sebanyak 7% pada hujung tahun ini, walaupun ia lebih rendah berbanding 2021 iaitu sebanyak 16%.

Menurut data, pengaplikasian digital di Malaysia dikatakan terus meningkat pada masa hadapan dan menunjukkan Kuala Lumpur adalah penerajunya.

Laporan itu juga turut menyebut berkenaan rata-rata pengguna di Malaysia ada yang berbelanja lebih dalam permainan atas talian dengan jumlah purata 13.4% pengguna.

Keseluruhan pertumbuhan ini dilihat banyak memberi impak pada suku ketiga tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat