Sektor Ekonomi Kurang Rancak, Matawang Eropah Tenang Lawan Arus

654

Pertumbuhan dalam aktiviti ekonomi dilihat sedikit terganggu di Zon Eropah dan UK, menyaksikan bacaan yang bercampur-campur dalam kedua sektor pembuatan dan perkhidmatan pada bulan Disember.

Menurut data anggaran awal PMI yang dikeluarkan sebentar tadi, aktiviti perkhidmatan di Jerman gagal berkembang pada bulan ini, dengan catatan sebanyak 48.4 daripada 52.7 sebelumnya.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 8 bulan sektor itu mengalami penguncupan disebabkan tekanan baharu daripada gelombang keempat coronavirus dan sekatan yang dilaksanakan.

Sementara kegiatan perkilangan pula mencatat sedikit kenaikan pada Disember, pada 57.9 daripada 57.4 sebelumnya. Ini memberi indikasi bahawa pertumbuhan sektor pembuatan masih kuat di ekonomi terbesar Eropah itu walaupun berdepan ancaman baru Covid-19.

Secara keseluruhan, sektor perkhidmatan di Zon Eropah menurun kepada 53.3 daripada 55.9 yang dicatatkan pada bulan lalu. Sementara aktiviti perkilangan pula berkembang pada kadar perlahan pada 58.0 daripada 58.4.

Dalam pada itu, aktiviti ekonomi di UK juga mencatatkan bacaan yang bercampur pada bulan lalu, memperlihatkan sektor perkhidmatan merosot kepada 53.2 daripada 58.5 sebelumnya.

Aktiviti pembuatan pula sedikit lebih baik dari jangkaan, tetapi menurun dari bacaan terdahulu dengan kenaikan 57.6 daripada 58.1, dan unjuran pasaran untuk meningkat kepada 57.5.

Sejajar dengan penerbitan data ini, dagangan euro dan pound tampaknya tidak terkesan dengan meneruskan kenaikan lebih tinggi berikutan tumpuan utama pelabur kini beralih kepada meysuarat polisi Bank Pusat England (BOE) dan Eropah (ECB) pada malam ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat