Sektor Ekonomi Rancak, Bendung Kejatuhan Matawang Eropah

388

Matawang Eropah mendapat sokongan daripada penerbitan data ekonomi yang tanpa dijangka mencatatkan bacaan yang memberangsangkan pada Mac.

Kegiatan perniagaan dan pembuatan Perancis dilihat lebih kuat daripada yang dijangkakan pada bulan Mac, walaupun sekatan yang lebih ketat terus memberi kesan kepada keadaan ekonomi secara keseluruhan.

Sementara di Jerman, iaitu ekonomi terbesar Eropah, aktiviti perkilangan di Jerman melonjak lebih tinggi, disokong oleh kenaikan output dan peningkatan penjualan ke Asia (terutamanya China), Eropah dan Amerika Syarikat.

Aktiviti perniagaan pula kembali menunjukkan pengembangan pada bulan Mac, dengan data tersebut mengisyaratkan prospek prestasi ekonomi yang lebih baik daripada yang diharapkan pada suku pertama.

Secara keseluruhannya, aktiviti ekonomi di Zon Eropah terus menunjukkan pemulihan, di mana aktiviti perniagaan buat pertama kali menunjukkan pertumbuhan dalam tempoh 6 bulan.

Susulan daripada bacaan data yang melebihi jangkaan pasaran ini, euro sedikit meningkat selepas menjunam rendah berbanding matawang US dolar yang kuat.

Dalam pada itu, pasaran turut diperlihatkan dengan penerbitan data dari UK yang mengalahkan jangkaan pasaran dengan meningkat lebih tinggi pada bulan Mac.

Kegiatan perniagaan di UK, kembali ke arah pengembangan dan meningkat pada kadar yang lebih cepat dalam tempoh 7 bulan sementara aktiviti perkilangan pula terus menunjukkan peningkatan.

Matawang pound kembali diperdagangkan di atas harga 1.37000 berbanding US dolar susulan penerbitan data tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat