Sektor Pembuatan Amerika Syarikat Merosot Ke Paras Terendah Sejak 2009 Pada Bulan September!

549

Indeks sektor pembuatan AS ISM merosot kepada paras terendah lebih 10 tahun pada bulan September. Berdasarkan laporan yang baru dikeluarkan, Indeks sektor pembuatan ISM merosot kepada 47.8% pada bulan September, bacaan terendah sejak Jun 2009. Bacaan ini menunjukkan 2 bulan berturut-turut data ISM merosot. Bacaan ini jatuh berbanding bulan Ogos yang mencatat bacaan 49.1%. Bacaan di bawah 50 menunjukkan sebuah kemerosotan.

Susulan daripada laporan ini, Bursa Dow Jones telah jatuh lebih 100 mata, menghapus peningkatan yang dikecapi pada awal dagangan.

Menurut ketua kajian sektor pembuatan ISM, Timothy Fiore, perdagangan global menjadi isu yang memainkan peranan penting. Secara keselurhan sentimen data bulan ini menunjukkan A.S harus berjaga-jaga dalam menguruskan pertumbuhan jangka pendek.

Antara faktor yang menyebabkan kemorosotan ialah terutamanya didorong oleh kekurangan permintaan. Dalam masa yang sama, tunggakan inventori dan tempahan eksport dan import juga mencatat penurunan pada bulan lepas.

Menurut ketua ekonomi Deutsche Bank, tiada tanda-tanda bahawa kelembapan ekonomi akan diatasi dalam masa terdekat, risiko terhadap kegawatan ekonomi semakin nyata.

Kemorosotan data ini menunjukkan bahawa sektor pembuatan terkesan dengan ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat