Sektor Perbankan Mula Berpaling Tadah Dengan Syarikat Kripto!

962

“Agaknya syarikat kripto boleh berdiri sendiri tak tanpa pertolongan bank?”

Sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) teragak-agak menjalankan perniagaan dengan syarikat mata wang kripto apabila kebanyakan institusi kewangan yang menyokong aset digital didapati menutup operasinya.

Pelbagai bank pada masa ini turut membentuk prosedur permohonan kompleks yang menyukarkan lagi syarikat kripto untuk bekerjasama dengan mereka.

Rentetan itu, syarikat kripto terdesak mencari rakan kongsi baharu selepas Silvergate Bank, Signature Bank dan Silicon Valley (SVB) mengalami keruntuhan drastik dalam tempoh seminggu pada pertengahan Mac.

Beberapa hari selepas penutupan SVB dan Signature, Cross River Bank termasuk bank Swiss telah menerima lebih 100 permintaan pelanggan baharu, namun perlu diingat bukan semuanya daripada syarikat kripto.

Pun begitu, Cross River menolak semua permintaan tersebut kecuali mempertimbangkan syarikat mempunyai hubungan sedia ada dengan mereka seperti pelanggan yang dapat mengembangkan ekosistem fintech.

Walaupun tidak meletakkan larangan menyeluruh pada pasaran kripto, Federal Reserve (Fed), Perbadanan Insurans Deposit persekutuan (FDIC) dan Pejabat Pengawal Mata Wang (OCC) memberi amaran kepada bank tentang risiko dihadapinya jika berurusan dengan syarikat kripto.

Ekoran itu, sesetengah pelabur berpendapat tindakan penguatkuasaan kawal selia yang semakin agresif terhadap pasaran kripto adalah sebagai sebahagian daripada agenda kerajaan untuk menghapuskan aset digital di AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat