Selain Brexit, Penetapan Kadar Faedah AS dan UK Akan Menjadi Tumpuan Minggu Ini

574

Matawang dolar AS mengakhiri dagangan minggu lalu dengan diniagakan lemah berbanding matawang utama yang lain berikutan data ekonomi yang dikeluarkan dilihat kurang memberangsangkan.

Hasil pembuatan Amerika Syarikat jatuh untuk bulan kedua berturut-turut pada Februari dan aktiviti perkilangan di New York lebih lemah berbanding jangkaan, memberi isyarat bahawa pertumbuhan ekonomi yang terus bergerak perlahan untuk awal suku tahun pertama.

Pasaran pada minggu ini akan memberi tumpuan terhadap keputusan penetapan kadar faedah dalam mesyuarat FOMC yang dijadualkan pada awal Khamis nanti. Dengan melihatkan kepada data-data domestik semasa, Fed dijangka akan mengekalkan kadar feadah di paras 2.50% seperti sebelum ini.

Pound Sterling pula didagangkan sedikit rendah dari paras tertinggi yang dicapai sejak Jun 2018 lalu selepas Parlimen Britain telah menolak pengunduran Brexit tanpa perjanjian menerusi undian yang diadakan pada minggu lalu.

Sterling turut mencatatkan kenaikan terbesar mingguan pada dagangan minggu lalu dalam tempoh tujuh minggu dengan mengurangkan kebarangkalian untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian seterusnya membuatkan pelabur optimis terhadap dagangan GBP buat masa ini.

Di samping undian Brexit yang akant terus bersambung pada minggu ini, bank pusat England akan turut bermesyuarat untuk penetapan kadar faedah pada Khamis nanti di mana jangkaan kadar faedah akan dikekalkan pada paras 0.75% seperti sebelum ini.

Matawang safe-haven Yen pula kekal stabil selepas Bank of Japan (BOJ) telah mengekalkan dasar monetari sedia ada seperti yang telah dijangkakan sebelum ini oleh pasaran. Bank pusat turut optimis melihat kerancakan dalam sektor eksport dan hasil keluaran kilang yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat