Selain Kenaikan Kadar Faedah, Ini Harapan Pasaran Untuk BOE!

483

Menghitung detik menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE), pelbagai jangkaan timbul daripada pelabur mengenai kenaikan kadar faedah.

Untuk pengetahuan, pelabur kini meletakkan jangkaan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas bagi memerangi lonjakan inflasi UK yang semakin ‘menggila’.

BOE meramalkan pada bulan Disember bahawa inflasi akan memuncak sekitar 6% pada bulan April 2022, tetapi data terbaharu menunjukkan lonjakan inflasi telah mencecah 5.4%, tertinggi dalam tempoh hampir 30 tahun.

Hal ini secara tidak langsung memperkukuhkan lagi jangkaan pelabur untuk melihat satu lagi kenaikan kadar pada hari ini.

Walau bagaimanapun, pelabur mungkin akan turut mencari petunjuk lebih mendalam daripada kenyataan Gabenor Andrew Bailey tentang kemungkinan kenaikan kadar selanjutnya.

Selain itu, pelabur juga akan meneliti unjuran terbaharu daripada BOE mengenai inflasi bagi dijadikan petunjuk kepada penetapan kadar faedah seterusnya, yang mungkin akan mencecah 1.50% menjelang akhir tahun ini.

Apa jangkaan anda untuk keputusan BOE pada malam ini? Adakah akan menepati ramalan pasaran atau sebaliknya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat