Dijangka pergerakan harga perlahan menuju penghujung minggu ini, namun kenaikan harga terus kukuh dipamerkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD untuk catatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan.
US dolar terus alami penyusutan lebih ketara pada Rabu semalam dengan diperhatikan penurunan pada indeks dolar dan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ke paras terendah baru.
Euro sebagai mata wang anti-dolar terus memanfaatkan kelebihan untuk mengukuhkan nilainya ketika US dolar kekal berada dalam ‘kesempitan’ di penghujung dagangan 2023 ini.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga berjaya paparkan kenaikan harian semalam sekitar 90 pips dan mencapai paras sasaran pada 1.11000.
Paras tertinggi terbaru sekitar 1.11200 dicatatkan di sesi New York dan harga perlahan di sekitar itu sehingga dagangan ke penghujung sesi.
Pergerakan harga yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menjangkakan trend bullish akan berterusan.
Jika momentum semalam dikekalkan, kenaikan lebih tinggi akan berlaku untuk harga mencapai pula sasaran seterusnya yang berada pada 1.12000.
Namun adakah paras tersebut mampu harga capai atau pergerakan lebih perlahan akan dipamerkan hari ini?
Sementara, harga juga berisiko untuk alami penurunan semula sekiranya pergerakan mula berada di bawah paras 1.11000.
Jika harga ditekan jatuh semula, harga dilihat akan menghampiri kembali paras 1.10000 yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG