Selepas Data GDP & Pekerjaan UK Diterbitkan, Apa Dah Jadi Pada Carta GBP/JPY?

121

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY pada Isnin semalam lebih positif setelah harga dilihat berjaya melonjak keluar dari zon mendatar minggu lalu.

Jika diperhatikan, harga bertahan di atas paras 166.200 sepanjang minggu lalu dengan ketinggian yang dicapai pada Jumaat adalah di paras rintangan 168.00.

Pada pembukaan pasaran awal minggu semalam, harga yang mendatar perlahan di sekitar 167.200 kemudiannya memaparkan kenaikan sehingga berjaya mengatasi rintangan 168.00 tersebut dan mencapai ketinggian terbaru sekitar 169.00 di penghujung sesi New York.

Pergerakan semasa harga masih menunjukkan trend bullish dengan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY tersebut.

Faktor yang dilihat menyokong kenaikan tersebut adalah terbitan data pertumbuhan ekonomi UK di sesi Eropah semalam dengan bacaan untuk bulan Oktober yang memberangsangkan dan mendorong pengukuhan Pound.

Sementara, Yen pula bergerak lemah ekoran sentimen pasaran dipulihkan dengan perkembangan positif di China dengan laporan sempadan Hong Kong akan dibuka menjelang sambutan tahun baru Cina.

Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga mendatar di sesi Asia di paras 169.00 sebelum tumpuan terarah pada terbitan laporan data pekerjaan UK pada jam 3 petang waktu tempatan.

Meneliti laporan, jumlah tuntutan pengangguran di UK pada November melonjak sehingga 30,500 berbanding jangkaan hanya 3,500.

Indeks purata gaji 3 bulan menepati jangkaan meningkat kepada 6.1% daripada 6.0%, sementara kadar pengangguran juga tepati ramalan meningkat kepada 3.7%.

Bacaan keseluruhan dilihat agak suram, namun reaksi awal memperlihatkan sedikit kenaikan pada nilai Pound, namun tidak menunjukkan pergerakan yang begitu ketara.

Jika kenaikan diteruskan, harga dilihat akan menuju ke sasaran zon 172.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Kali terakhir paras tersebut disentuh adalah pada penghujung Oktober lalu ketika mencatatkan paras tertinggi lebih 6 tahun, iaitu sejak Januari 2016.

Namu, jika harga melantun turun lebih rendah semula, paras 168.00 dilihat akan diuji untuk harga memberi reaksi dan menunjukkan isyarat bagi pergerakan selanjutnya.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal kembali semula menuju paras sokongan minggu lalu iaitu pada 166.200 selepas menunjukkan perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat