Selepas Data Keluar, GBP/JPY Pecah Rekod Tertinggi Sejak 2015!

270

Sesi Eropah pada hari ini (Selasa) memberi tumpuan seketika kepada laporan data pekerjaan UK sebelum lebih banyak lagi data-data penting yang diterbitkan sehingga ke penghujung minggu.

Meneliti butiran laporan, angka-angka yang diterbitkan adalah positif dengan indeks purata pendapatan 3 bulan catat 5.8% sedikit baik berbanding ramalan 5.6% sementara kadar pengangguran di UK susut kepada 3.8% daripada 4.2% sebelum ini.

Pelabur memerhatikan kesan awal laporan tersebut kepada pergerakan semasa mata wang Pound.

Jika carta harga pasangan mata wang GBP/JPY diteliti, pergerakan dilihat telah mendatar di zon 188.500 di penghujung minggu lalu menyusuli corak kenaikan yang dipamerkan sebelumnya.

Di awal minggu semalam pula, harga ditekan jatuh di sesi Eropah namun kembali meningkat semula di atas paras 188.500.

Harga kekal berlegar perlahan di zon itu menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini sambil dilihat meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY tersebut.

Pada dagangan Januari lalu, harga telah mencapai paras ketinggian sekitar 188.900 iaitu tertinggi 9 tahun.

Tetapi selepas laporan data pekerjaan diterbitkan sebentar tadi, harga telah melonjak melepasi paras tersebut.

Ini telah mencipta rekod harga tertinggi terbaru sejak tahun 2015!

Paras tertinggi yang dicapai pada tahun 2015 lalu adalah melepasi harga 195.00.

Namun ini berkemungkinan hanya reaksi awal dan tidak mustahil untuk harga menjunam jatuh semula selepas ini.

Harga yang gagal bertahan di atas zon 188.500 akan menambah tekanan untuk susut ke paras lebih rendah semula.

Sasaran awal adalah pada zon sekitar 187.500 sebelum penurunan diteruskan sehingga menuju ke zon tumpuan 185.00 yang berpotensi menjadi support buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat