Selepas FOMC, GBP/JPY Menjunam Tanpa Brek!

318

Selepas mesyuarat FOMC berlalu, pergerakan harga pada carta-carta utama dilihat menampilkan corak yang menarik dan mencuri tumpuan salah satunya adalah carta pasangan kegemaran ramai iaitu GBP/JPY.

Pasaran kombinasi yang menarik di antara Pound dan Yen, kedua-dua mata wang dijangka untuk bergerak ke arah bertentangan berdasarkan langkah berbeza yang diambil oleh bank pusat masing-masing dalam penetapan dasar monetari mereka.

Pengetatan dasar oleh Bank of England (BOE) dijangka untuk mengukuhkan Pound, sementara pelonggaran dasar oleh Bank of Japan (BOJ) akan mendorong penyusutan Yen.

Namun, pada pergerakan semasa menuju dagangan penghujung minggu ini, Pound dan Yen masing-masing bergerak berlawanan berbanding jangkaan pelabur.

Berkemungkinan sentimen pasaran yang berisiko menyokong peningkatan nilai buat Yen sebagai mata wang safe-haven, sementara pemain pasaran dilihat lebih berjaga-jaga untuk pergerakan Pound untuk menantikan keputusan mesyuarat BOE pula pada minggu hadapan.

Justeru, harga pada carta GBP/JPY menuju penghujung minggu telah memaparkan corak pergerakan bearish semula selepas berlaku lonjakan harga sebelumnya ketika mesyuarat FOMC.

Pada mesyuarat FOMC lalu, harga dilihat telah meningkat menguji paras rintangan sekitar 166.200 sebelum terjunan harga dilihat bermula pada awal sesi Asia Khamis semalam sehingga bersambung ke sesi Eropah petang Jumaat ini.

Isyarat bearish harga dinilai selepas penurunan yang diteruskan telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/JPY.

Dari paras ketinggian 166.200, harga telah menjunam melepasi 164.00 dan menguji semula zon support harga pada 162.00.

Jika penurunan diteruskan pada sesi dagangan terakhir minggu ini, harga dilihat bakal mencecah semula paras tumpuan pada 160.500 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Paras tersebut kekal menjadi zon sokongan penting harga untuk tempoh dagangan sepanjang Jun dan Julai.

Sementara untuk jangkaan bagi pergerakan menaik harga semula, lantunan dari paras 162.00 bakal menguji terlebih dahulu paras tumpuan pada 164.500 sebelum sekali lagi mencapai ke paras rintangan 166.200.

Dan kenaikan melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu dengan sasaran untuk mencapai 168.00.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat