Selepas Jatuh Teruk, Pasaran Minyak Kembali Tenang

255

Harga minyak sedikit meningkat ketika pasaran menuju penghujung minggu, dengan berada di atas paras terendah satu minggu pada hari Jumaat.

Kebimbangan pasaran terhadap permintaan minyak mentah global telah mendorong harga minyak mentah menjunam lebih rendah setelah meningkat ke paras tertinggi satu bulan pada awal minggu.

Ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di India, pengimport minyak ketiga terbesar di dunia, melaporkan lebih 300,000 kes harian pada Khamis. Jumlah ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan secara global sejak pandemik bermula.

Hal ini telah menyebabkan jangkaan terhadap permintaan pemulihan bahan bakar global kembali suram.

Turut menambah kebimbangan pasaran adalah, apabila Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dan Institut Pertroleum Amerika (API) masing-masing melaporkan peningkatan dalam inventori minyak mentah AS.

Walau bagaimanapun, harga kembali stabil pada hari Jumaat, dengan WTI Amerika Syarikat diperdagangkan di sekitar harga $61.70 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula didagangkan berlegar di $65.70 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat