Selepas Jepun, Kini Giliran China Untuk Membalas Kritikan Donald Trump

68

China berkata bahawa mereka tidak pernah menggunakan matawang sebagai alat untuk mendapatkan kelebihan dalam perdagangan apatah lagi melancarkan “perang matawang” seperti tuduhan yang dilemparkan oleh Donald Trump.

Trump sebelum ini telah mengkritik Beijing sebagai perosak kepada syarikat-syarikat Amerika kerana telah menurunkan nilai Yuan.

Sepanjang kempen pilihanraya sebelum ini juga, Trump pernah mengancam untuk mengenakan tarif terhadap China bagi menurunkan defisit perdagangan Amerika Syarikat.

Trump dan penasihat perdagangan AS pada Selasa telah sekali lagi melemparkan tuduhan yang sama kepada Jerman, Jepun dan China.

Sebagai tindak balas, Jepun telah tampil dengan kenyataan balas bahawa dasar yang digunakan Jepun selaras dengan sasaran G20 dan bukan untuk kepentingan mereka semata-mata.

Hari ini, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang pula tampil bagi memberi kenyataan balas selepas bercuti sempena Tahun Baru Cina selama seminggu. Lu Kang berkata, masalah diantara China dan Amerika Syarikat ini perlu diselesaikan melalui rundingan.

Lu Kang turut menafikan bahawa China sengaja menurunkan nilai Yuan bagi mendapatkan kepentingan terhadap AS. Dari perspektif jangka panjang, “perang matawang” tidak memberi sebarang manfaat buat China.

Kebanyakan pakar ekonomi berpendapat bahawa China sedang berusaha untuk meningkatkan nilai Yuan bermula setahun yang lalu. Bank Pusat China juga telah membelanjakan beratus-ratus billion bagi mengelakkan kejatuhan nilai Yuan dan aliran modal yang mendadak gara-gara ketidaktentuan ekonomi.

Walau bagaimanapun, Yuan masih dilaporkan merosot kira-kira 7 peratus tahun lepas iaitu kerugian terbesar berbanding US Dollar sejak 1994.

 

Kelemahan US Dollar Selalu Digunakan dengan Sebaik Mungkin oleh Logam Berharga Ini Untuk Bangkit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat