Selepas Kejutan Semalam, NYSE Bakal Buat U-Turn?

267

Bursa Saham New York (NYSE) dilaporkan sedang mempertimbangkan semula rancangannya untuk membenarkan tiga syarikat gergasi telekomunikasi China terus tersenarai susulan kekeliruan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pentadbiran Trump dan ketegangan di Washington mengenai dasar China.

Bursa itu memberitahu pada lewat Isnin bahawa ia menarik balik keputusan yang diumumkan minggu lalu untuk menyingkirkan China Mobile Ltd,China Telecom Corp Ltd dan China Unicom Hong Kong Ltd setelah berunding dengan pihak berkuasa pengawalseliaan berkaitan dengan Pejabat Kawalan Aset Asing Perbendaharaan AS.

Ini disebabkan oleh ketidakjelasan terhadap perintah eksekutif oleh Presiden Donald Trump yang melarang pelaburan dalam firma yang didakwa Washingon mempunyai hubungkait dengan tentera China, dan adakah ketiga-tiga syarikat tersebut termasuk di bawah perintah itu.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin telah menghubungi Presiden NYSE, Stacey Cunningham pada hari Selasa untuk memberitahunya beliau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Kenyataan NYSE ternyata menimbulkan ketidakpastian mengenai tindakan pentadbiran Trump sebelum ini yang menyenarai hitamkan beberapa syarikat China.

Bagaimanapun, menurut Bloomberg, penghapusan tersebut dijangka akan tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang sebelum ini, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat