Emas terus stabil berhampiran paras tertinggi dalam satu bulan pada hari Jumaat, disokong oleh optimisme pasaran terhadap rangsangan tambahan Amerika Syarikat sekali gus meningkatkan daya tarikan terhadap logam berharga sebagai lindung nilai kepada inflasi.
Pembuat dasar AS semakin hampir untuk mencapai kesepakatan dalam bantuan $900 bilion yang akan merangkumi pusingan kedua pembayaran langsung kepada rakyat Amerika yang terkesan oleh wabak coronavirus.
Logam berharga itu turut meraih sokongan daripada dagangan US dolar yang lemah ke paras terendah terbaru 2 setengah tahun susulan keputusan Federal Reserve (Fed) pada hari Khamis.
Pada sesi Asia hari ini, emas sedikit susut dengan didagangkan di sekitar paras harga $1,879 per auns, yang mungkin disebabkan oleh para pelabur yang mengambil keuntungan sebelum sesi dagangan ditutup pada hujung minggu.
Sementara niaga hadapan logam kuning itu pula diperdagangkan merosot pada $1,885 per auns (11.00 pagi waktu Malaysia).
Ketika sesi New York sebelum ini, dagangan emas berjaya melonjak menembusi paras rintangan pada $1,895 per auns. Peningkatan ini menjadikan emas kini di landasan untuk kenaikan minggu ketiga berturut-turut.