US dolar sudah mula menunjukkan pengukuhannya semula pada dagangan sesi New York semalam ketika laporan minit mesyuarat FOMC untuk bulan Jun diberikan tumpuan pada awal pagi tadi.
Tiada kejutan, pasaran meneliti keputusan bank pusat untuk mengekalkan kadar faedah sementara beberapa ahli cenderung untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas bakal dilaksanakan selepas ini.
Data-data penting melibatkan sektor pekerjaan Amerika Syarikat (AS) beserta tinjauan sektor perkhidmatan akan diteliti pada sesi New York malam nanti sebelum tumpuan seterusnya beralih pada laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-pacak-lepas-minit
Dengan kembalinya semula pengukuhan US dolar, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semakin memaparkan corak penurunan pada Rabu semalam.
Harga yang terhalang di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mengakhiri dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.08500.
Penurunan lanjut akan dijangkakan untuk harga melepasi paras terendah minggu lalu sebelum menguji zon tumpuan pada 1.08000.
Jika diteruskan lebih rendah, harga boleh mencecah hingga ke sekitar 1.07000 yang juga merupakan antara paras tumpuan buat harga sebelum ini.
Namun jika berlaku lonjakan semula harga melepasi halangan MA50, zon 1.09000 akan cuba utnuk diatasi sebelum kenaikan lebih tinggi berlaku.
Paras 1.10000 kekal menjadi rintangan untuk dicapai semula harga dan jika dilepasi, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG