Selesai! KLK Telah Laksanakan Pembelian Saham Sebanyak 56% Di IJM Plantations

151

Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan pembelian saham sebanyak 56.2% di IJM Plantations Bhd dari IJM Corp Bhd.

Setelah IJM Corp menerima tawaran tersebut pada 11 Jun, KLK memperoleh pegangan 56.2% pada paras harga RM3.10 sesaham dengan berjumlah RM1.53 bilion.

Ketika ini, IJM Plantations memiliki kawasan seluas 61,277 hektar di seluruh Sabah serta Kalimantan dan KLK mempunyai kawasan seluas 213,411 hektar pada akhir September 2020.

Namun selepas pengambilalihan itu dimeterai, jumlah kawasan penanaman kelapa sawit KLK terus melonjak 28.7% kepada 274.688 hektar.

Ketua Pegawai Eksekutif KLK, Tan Sri Lee Oi Hian mengatakan pengambilalihan tersebut selaras dengan langkah strategi jangka panjang kumpulan bagi mengembangkan lagi perniagaan perladangannya.

Tambahnya, KLK terus kekal untuk mencari cara dalam meningkatkan kadar kecekapan operasi bagi tujuan mengurangkan kos pengeluaran.

Setakat 11.20 pagi, harga saham IJM Plantations telah susut sekitar 0.32% kepada RM3.08 pada sesi dagangan hari ini dengan nilai permodalan pasaran bernilai RM2.71 bilion.

Manakala harga saham KLK pada 11.30 pagi catat peningkatan 0.96% menjadi RM21.0 dengan memperoleh nilai permodalan pasaran sebanyak RM22.66 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat