SelfKey – Keselamatan & Privasi Identiti Pengguna ‘Dikunci’ Kripto Ini

130

SelfKey adalah platform identiti yang berasaskan kepada blockchain yang ditakrifkan sebagai ekosistem untuk memelihara identiti dan privasi digital setiap pengguna.

Penubuhan SelfKey diasaskan oleh Selfkey Foundation yang sentiasa menitikberatkan aspek untuk menjadikan privasi digital sebagai keutamaan kepada individu dan firma dalam mengawal data peribadi.

Tidak dengan itu sahaja, SelfKey Foundation juga sangat berminat untuk membuat ekosistem di mana pengguna dan organisasi sentiasa merasa selamat dan aman dalam melakukan transaksi.

Kehadiran projek terbaru telah menjadikan SelfKey sebagai salah satu frontrunners dalam menyediakan bantuan yang relevan bagi komuniti kripto.

Berdasarkan kepada carta KEY/USDT, pergerakan harga KEY pernah melonjak melebihi 1,700% sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.034.

Namun selepas sahaja mencatatkan paras ATH $0.034 tersebut, harga KEY kemudiannya kelihatan agak suram apabila terus menyusut sehingga ke paras sokongan $0.006 dan mengekalkan trend bearish.

Pergerakan harga KEY ketika permulaan pasaran Jun dilihat agak agresif apabila mempamerkan lonjakan melebihi 100% sebelum kembali menyambung membuat penurunan harga semula.

Selepas sahaja harga KEY mencapai paras sokongan $0.006, harga kembali melonjak ke zon SBR (support become resistance) sekitar $0.007-$0.008 dan bergerak secara mendatar dan perlahan di zon SBR tersebut.

Jika harga KEY kembali peroleh momentum kenaikan, harga dijangka bakal menguji paras SBR seterusnya pada $0.01 sebelum jangkaan pergerakan harga bakal menuju ke paras harga yang lebih tinggi.

Sekiranya harga terus membuat lonjakan, paras SBR $0.012 dan paras resistance $0.014 bakal menjadi paras tumpuan untuk ditembusi.

Namun jika kejatuhan harga terus berlaku, paras sokongan $0.006 akan kekal menjadi paras utama yang akan diuji untuk menyokong semula harga membuat kenaikan.

Manakala penurunan harga yang lebih rendah dijangka bakal menuju ke paras sekitar $0.0040-$0.0045 sekiranya dominasi pasaran kripto terus merundum.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga KEY bergerak sedikit perlahan untuk melonjak sekitar 2% dan diperdagangkan di paras harga sekitar $0.007.

Lihat gambar carta matawang kripto KEY/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat