Senang Hatilah Saudagar Minyak Hari Ini

262

Emas hitam didorong lebih tinggi pada hari Jumaat, membawa dagangan minyak mentah Brent menghampiri harga $70 setong selepas diperlihatkan oleh bacaan data yang kukuh dan jangkaan menguat terhadap permintaan bahan bakar dunia pada suku ketiga.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan menguat di atas paras harga $69 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula kukuh di sekitar $67 setong.

Kedua-dua dagangan minyak mentah kini berada di landasan untuk mencatat kenaikan mingguan 5% hingga 6% susulan jangkaan permintaan minyak global akan meningkat semula hampir 100 juta tong sehari pada suku ketiga.

Bagaimanapun, gambaran positif itu kini dikaburkan dengan kebimbangan mengenai perbincangan antara Iran dan AS akan menghidupkan semula perjanjian nuklear dan membuka jalan bagi penghapusan sekatan import minyak oleh Washington.

Ini dibebankan lagi dengan kenaikan penawaran oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+ yang berkomitmen untuk beransur-ansur meningkatkan bekalan minyak mentah.

Dalam pada itu, data ekonomi yang kuat dari Amerika juga turut membantu meningkatkan sentimen harga semasa.  Pekerjaan di AS terus menunjukkan pemulihan, di mana jumlah tuntutan pengangguran dilaporkan jatuh ke tahap terendah sejak pertengahan Mac 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat