Senator Republik Usul Resolusi Untuk Tolak Pemecatan Trump

490

Ketua Jawatankuasa Kehakiman Senat AS telah menggesa supaya perbicaraan pemecatan Presiden Donald Trump dimulakan dalam tempoh terdekat dan menyelesaikannya dalam bulan ini meskipun ia bermaksud perlu mengubah peraturan Senat.

Dewan Perwakilan AS pada bulan lepas telah mengundi untuk memecat Trump atas penyalahguanaan kuasa beliau sebagai Presiden dan perlu menyerahkan artikel mengenai pemecatan kepada Senat AS untuk dibicarakan.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi masih belum menyerahkan artikel tersebut.

Kebanyakan Senator GOP dilaporkan ingin mengubah peraturan Senat dan membenarkan penggubal undang-undang untuk menolak artikel pemecatan Trump sebelum ia diserahkan oleh Dewan Perwakilan.

Senator Josh Hawley telah memperkenalkan resolusi pada Isnin, atas alasan bahawa peraturan pemecatan Senat bukanlah sesuatu yang membenarkan Dewan Perwakilan untuk menangguhkan penyerahan artikel tersebut.

Hawley memberitahu dalam satu kenyataan bahawa, perlembagaan memberi kuasa tunggal kepada Senat untuk mengadili artikel tentang pemecatan, bukan Dewan. Artikel itu harus diberhentikan kerana kegagalan untuk mendakwa dan Kongres perlu kembali memberi perhatian kepada rakyat.

Resolusi tersebut akan memberi masa selama 25 hari kepada Dewan Perwakilan untuk menyerahkan artikel pemecatan kepada Senat, dan jika gagal, senator boleh mencadangkan usul untuk menolak artikel tersebut dengan undian majoriti mudah.

Sementara itu, bekas penasihat keselamatan kebangsaan, John Bolton memberitahu bahawa beliau bersedia untuk memberi keterangan di hadapan Senat dalam perbicaraan pemecatan Trump.

Salah satu kritikan utama kes Demokrat terhadap Trump adalah ia tidak mempunyai saksi-saksi utama, dan sebaliknya hanya bergantung kepada pegawai yang mengetahui tentang tindakan Trump tetapi tidak berinteraksi dengannya secara langsung.

Justeru, kesaksian Bolton dikatakan dilihat penting kerana beliau adalah kunci utama dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada siasatan pemecatan Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat