Sentimen Berisiko, AUD/USD Susut Ke Paras Terendah 7 Minggu

490

Mata wang komoditi terus mengalami penyusutan sehingga ke penghujung dagangan minggu ini berikutan sentimen pasaran yang berisiko menambahkan tekanan.

Sentimen berisiko pasaran terus memihak kepada pengukuhan US dolar dan membantutkan pergerakan mata wang utama lain dalam pasaran.

Sekatan negara-negara barat ke atas China, penularan virus semakin meningkat di Eropah dan beberapa lagi isu yang menjejaskan pasaran membuatkan pelabur beralih dari aset-aset berisiko.

Dolar Australia susut ke paras terendah 7 minggu berbanding US dolar selepas membuat penurunan dari paras ketinggian 0.77500 di awal minggu seperti yang dipaparkan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD.

Harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk trend bearish untuk jangkaan penurunan yang lebih rendah hari ini.

Setakat dagangan Rabu semalam, penurunan harga disokong pada zon 0.75800 dan sehingga bersambung ke sesi Asia pada Khamis untuk harga terus memburu paras terendah bulanan terbaru.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dijangka menuju ke sekitar zon 0.75000 yang telah menjadi zon sokongan harga pada dagangan Disember lalu.

Paras 0.74000 bakal menjadi destinasi sasaran terbaru jika momentum penurunan harga kekal berterusan.

Sekiranya harga kembali melonjak melepasi halangan MA50, pelabur berkemungkinan akan bersedia untuk situasi perubahan trend harga.

Kenaikan harga akan menguji paras 0.76500 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance)  sebelum kenaikan lebih tinggi menuju pula ke paras ketinggian di awal minggu sekitar 0.77500 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat