Sentimen Bursa Melemah Walaupun Pasaran Global Catat Kenaikkan

133

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 7 mata pada 1,514.86 daripada penutupan Isnin pada 1,521.86.

Indeks dibuka 4.77 mata pada 1,517.09.

Ia dibuka lemah ekoran penjualan terhadap beberapa saham bermodal besar yang menyebabkan indeks penanda aras turun walaupun pasaran Wall Street mencatat kenaikan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 205 berbanding 124, manakala 244 kaunter pula tidak berubah, 1,707 tidak didagangkan dan 30 digantung.

Jumlah perolehan pada 222.58 juta unit bernilai RM119.76 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan lantunan di Wall Street telah menjangkakan aktiviti ‘bargain hunters‘ muncul di bursa tempatan terutamanya dalam sektor teknologi.

Tambahnya lagi, mereka percaya pelabur akan membeli pada kejatuhan menjelang musim laporan pendapatan pada Februari selain menjangkakan pelabur turut memerhatikan saham pengguna dan pembinaan material ekoran pemulihan ekonomi baru-baru ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank), Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) dan CIMB Group Holdings jatuh 5 sen pada RM8.20, RM8.85 dan RM5.20, Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM4.18, IHH Healthcare Bhd susut 11 sen pada RM6.36 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal pada RM9.11.

Saham aktif memperlihatkan Senheng New Retail Bhd turun 12 sen pada 95 sen, Metronic Global Bhd kekal 2 sen dan G3 Global Bhd tambah 1 sen pada 8 sen.

Mendahului senarai kerugian adalah Complete Logistics Services Bhd jatuh 24 sen pada 3.72 kemudian Senheng dan IHH Healthcare.

Di papan indeks, FBM ACE mekar 6.41 mata pada 6,109.39 dan FBM 70 naik 5.76 mata pada 13,411 sementara FBM Emas turun 36.43 mata pada 10,881.07, FBMT 100 susut 36.93 mata pada 10,588.11 dan FBM Emas Shariah junam 29.36 mata pada 11,597.56.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 59.55 mata pada 15,641.31, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.73 mata pada 199.78 dan indeks Perladangan Melayu 29.78 mata pada 6,696.85.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat