Sentimen Kekal Berisiko, Ucapan Donald Trump Jadi Tumpuan!

370

Matawang pound meraih keuntungan dalam dagangan awal Asia, setelah mencecah paras enam bulan tertinggi berbanding euro dan peningkatan sebanyak 1% berbanding USD semalaman. Pound melonjak sehingga mencapai $1.2896 berbanding dolar dan kemudiannya kembali menyusut selepas itu.

Antara pendorong utama kenaikan pound adalah pengunduran Parti Brexit yang dipimpin oleh Nigel Farage daripada pilihan raya umum Disember ini. Farage memaklumkan bahawa partinya tidak akan bertanding untuk merebut kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Sebelum pengumuman Farage, pound telah meningkat di atas paras $1.28 berikutan data yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi UK berkembang kepada 0.3% pada suku ketiga 2019, naik daripada -0.2% dicatatkan pada suku kedua sebelum ini, yang merupakan penguncupan pertama sejak 2012.

Sementara itu, dolar Amerika diniagakan meningkat pada awal sesi Asia walaupun masih terdapat keraguan terhadap perjanjian dagangan antara AS dan China yang membuatkan pelabur sentiasa berhati-hati. Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama lain menokok kepada 98.25.

Tumpuan pasaran beralih kepada ucapan oleh Presiden AS Donald Trump pada hari ini di Kelab Ekonomi New York yang mungkin akan memberi beberapa kenyataan baru mengenai perjanjian perdagangan fasa pertama.

Selain itu, Trump dijangkakan akan menangguh keputusannya untuk mengenakan tarif ke atas kereta import Kesatuan Eropah (EU) untuk enam bulan lagi. Pengumuman tersebut akan dilakukan pada minggu ini.

Pada Mei lalu, Trump telah menyatakan import kenderaan dan alat penggantinya merupakan satu ancaman ke atas keselamatan negara. Beliau mengarahkan Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer, untuk berunding dengan EU dan Jepun serta melaporkan kemajuannya kepada beliau dalam tempoh 180 hari iaitu yang akan berakhir pada Rabu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat