Sentimen Risiko Sudah Mereda? Ini Rupanya Yang Berlaku!

962

Sentimen pasaran dilihat sedikit pulih dari kekacauan yang disebabkan isu geopolitik Rusia dan Ukraine dengan memperlihatkan kebanyakan mata wang utama meraih peningkatan sementara safe-haven pula mengurangkan keuntungan.

Pasaran bertambah baik selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat memberitahu bahawa Setiausaha Negara Antony Blinken bersetuju untuk bertemu dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov pada minggu depan dengan syarat Moscow tidak menyerang Ukraine.

Hal ini telah memberi sedikit kelegaan buat pasaran selepas insiden tembakan yang berlaku di wilayah Donbass antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia.

Susulan itu, safe-haven yen kembali mempamerkan penyusutan selepas meningkat ke paras tertinggi dua minggu berbanding US dolar. Sementara mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi pula meningkat lebih tinggi sehingga pembukaan sesi Eropah.

Walaupun kebanyakan safe-haven lain menyusut, tetapi US dolar kekal berdaya tahan daripada mencatatkan penurunan yang ketara berbanding pesaing utamanya.

Ini menyebabkan pergerakan mata wang euro juga terbatas daripada membuat kenaikan pada sesi dagangan Eropah di sekitar harga 1.1350 berbanding US dolar.

Di samping itu, dolar loonie kekal didagangkan meningkat meskipun dagangan minyak mentah terus mencatatkan kemerosotan dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada penerbitan data jualan runcit Kanada pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat