Sentimen Risk-On, USD/JPY Catat Kenaikan Ke Paras Ketinggian Terbaru

195

Sesi pasaran Eropah pada hari ini menyaksikan penyusutan pada dagangan safe-haven Yen ekoran sentimen pasaran semakin beransur pulih.

Walaupun angka kematian akibat virus COVID19 terus meningkat, namun pertambahan kes jangkitan baru semakin perlahan sedikit memberi kelegaan terhadap pasaran.

Di samping itu juga, sentimen pasaran juga turut disokong oleh jangkaan rangsangan baru oleh China untuk meningkatkan kembali ekonomi yang terjejas.

Hasil pulangan bon Amerika Syarikat juga mencatatkan peningkatkan memberi isyarat positif buat sentimen sekaligus mengurangkan kembali permintaan terhadap aset safe-haven khususnya terkesan pada matawang Yen.

Dagangan pasangan matawang USD/JPY perlahan pada sesi Asia pagi ini namun lonjakan harga dipamerkan pada sesi Eropah dengan kenaikan telah melepasi paras ketinggian minggu lalu pada 110.00.

Harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju zon resistance pada 110.300 yang telah diuji pada dagangan Januari lalu sebelum harga turun semula 200 pips lebih rendah.

Pergerakan harga yang telah berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat awal untuk trend bullish harga.

Jika harga berjaya lepasi kenaikan pada resistance 110.00 harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh 9 bulan dagangan.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) pada 109.700 akan diuji semula sebelum penurunan lebih rendah akan menuju pula paras 109.300.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat