Sentimen Rundingan Dagang Berisiko, USD/JPY Ke Paras Terendah Mingguan

278

Perkembangan pasif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus membuatkan pelabur berwaspada mengawal risiko dagangan dalam pasaran.

Menurut kenyataan oleh Penasihat Ekonomi White House Larry Kudlow, perjanjian perdagangan bersama China semakin hampir ditandatangani. Kenyataan ini mengulangi seperti yang diperkatakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini.

Namun, keyakinan pasaran terhadap rundingan direncatkan oleh tuntutan China untuk pembatalan tarif dari Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari syarat perjanjian.

Dengan sentimen pasaran lebih cenderung ke arah berisiko, dagangan safe-haven Yen antara yang mendapat manfaat untuk mengukuhkan nilai dagangan dalam pasaran semasa.

Berbanding dolar Amerika Syarikat, Yen telah berjaya mengukuh dan menekan harga seperti yang dapat dilihat pada carta pasangan matawang USD/JPY semalam.

Harga yang bergerak menurun sejak sesi Asia semalam menguji paras support pada 108.600 sebelum momentum pengukuhan Yen telah berjaya mendorong harga menembusi zon tersebut.

Dengan dagangan USD yang turut melemah, harga telah berjaya membuat terjunan sehingga ke zon RBS (resistance become support) pada sekitar 108.300.

Namun, harga kembali menunjukkan kenaikan sehingga bersambung pada sesi Asia hari ini menguji semula paras support 108.600 semalam membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru.

Harga masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan harga masih cenderung untuk membuat penurunan.

Jika harga kembali membuat penurunan selepas menguji zon SBR 108.600, penurunan akan menguji semula zon RBS 108.300 yang dicecah semalam.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula pada support 107.900 yang dicecah pada dagangan awal November.

Namun sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dan melepasi paras MA50, destinasi awal yang dijangka menjadi sasaran harga adalah pada 109.000 sebelum kenaikan yang lebih tinggi bakal dicatatkan.

Lihat gambar carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat