Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

320

Matawang US dolar hanya mampu mengukuh sedikit selepas melonjak naik daripada paras terendah 3 minggu lalu berikutan data U.S yang positif, namun pasaran masih bimbang atas ketegangan perdagangan US-China.

Indeks US dolar mengukuh sedikit pada sesi dagangan Asia ke paras 89.25 setakat jam 9.50 a.m berikutan data housing start yang memberangsangkan dan angka pengeluaran industri yang stabil.

US dolar mendapat dukungan daripada indikator ekonomi dan sekarang adalah waktu untuk menumpukan pada fundamental selepas risiko politik seperti serangan ke atas Syria semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, perhubungan perdagangan US-China masih lagi menjadi perhatian utama.

Ketidakpastian ini menyebabkan matawang US dolar susah untuk melonjak naik lebih tinggi.

Menurut Masafumi Yamamamoto, matawang US dolar kekurangan isu utama sehingga membuatkan pasaran memberi perhatian terhadapnya. Isu Syria telah memudar, tetapi hasil bon 10 tahun jatuh walaupun Wall Street membuat kenaikan.

”Kecuali isu perdagangan US-China dapat diselesaikan maka kita sudah tidak perlu risau lagi.”

Matawang US dolar mengukuh sebanyak 0.24% kepada 107.26 berbanding matawang yen.

Matawang Euro mengukuh tipis ke paras 1.2371 setakat jam 9.50 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat