Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

486

Matawang US dolar didagangkan pada paras 2 minggu tinggi berbanding matawang utama pada hari Isnin didorong oleh peningkatan hasil bon U.S dan risko politik global yang semakin memudar.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh sebanyak 0.11% kepada paras 89.45.

Peningkatan hasil bon US telah mendorong pengukuhan US dolar dengan hasil bon US-10 tahun mencapai paras 2.968%, iaitu paras tertinggi sejak Januari 2014 dalam sesi Asia.

Hal ini adalah disebabkan terdapat ahli Federal Reserve memberi isyarat bahawa kadar faedah yang ditingkat pada tahun 2018 adalah berdasarkan pertumbuhan ekonomi US yang kukuh.

Matawang US dolar juga mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.24% kepada 107.49.

Matawang yen kebiasaanya mendapat permintaan apabila berlaku ketidakpastian ekonomi dan pasaran.

Pada hari Sabtu, Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membatalkan percubaan ujian peluru berpandu dan nuklear. Selain itu, mereka juga mengatakan akan menghadkan tempat percubaan ujian peluru berpandu dan akan lebih menumpukan pada pertumbuhan ekonomi dan kedamaian.

Dalam masa yang sama, ketegangan perdagangan US-China juga semakin memudar.

US dolar mengukuh berbanding Euro apabila EUR/USD menyusut sebanyak 0.11% kepada 1.2275 setakat jam 10.00 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat