Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

515

Matawang US dolar menyusut pada awal dagangan hari Isnin selepas data pekerjaan US dan upah meleset dari jangkaan. Ekonomi US masih lagi terhimpit dengan kebimbangan terhadap perdagangan menyebabkan unjuran ekonomi sedikit kabur.

Indeks US dolar menyusut pada sesi dagangan Asia dan kini berada pada paras 92.34 setakat jam 10.00 a.m. Susut daripada paras teringgi yang dikecapi hari Jumaat iaitu pada 92.908.

Data kadar gaji (Average Hourly Earnings) dan data tambahan pekerjaan (NFP) meleset daripada jangkaan,
tetapi kadar pengangguran mencapai paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu.

Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat yang hanya meningkat 164,000 pada bulan April menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. Pasaran menjangka tambahan sebanyak 190,000 pekerjaan.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) hanya naik 0.1% lebih rendah berbanding jangkaan kenaikan 0.2% dan bacaan sebelum ini yang meningkat 0.3%.

Kadar pengangguran di Amerika Syarikat berkurangan ke paras 3.9% iaitu paras terendah yang pernah dicapai pada 18 tahun yang lalu.

Walaupun dengan data pekerjaan yang kurang memberangsangkan, tetapi kadar pengangguran merekodkan bacaan yang mengejutkan kerana mencapai paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu.

EUR/USD menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.08% kepada 1.1971. GBP/USD mengukuh sebanyak 0.13% kepada 1.3549.

Pada ketika ini ramai pelabur mengambil sikap untuk menjual matawang US dolar kerana kembimbangan dengan sikap perlindungan perdagangan yang diamalkan oleh Trump.

USD/JPY susut 0.17% kepada 108.93 setakat jam 10.00 a.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat