Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

401

US dolar mengukuh ke paras tertinggi 4 bulan lalu pada hari Selasa berikutan didorong oleh peningkatan hasil kewangan bon dan data ekonomi US yang kukuh.

Indeks US dolar mengukuh sebanyak 0.04% kepada 92.65 setakat jam 10.00 a.m.

Matawang dolar itu melonjak naik namun matawang Euro menyusut sehingga di bawah paras $1.19 buat pertama kali pada tahun ini. Hal ini disebabkan data tempahan industri Jerman yang lemah daripada jangkaan dann sentimen pelabur di zon Eropah.

Indikator ekonomi yang perlahan menambah pandangan bahawa jangkaan terhadap peningkatan kadar faedah oleh ECB semakin mengecil. Sentimen ini telah mengheret kepada penyusutan matawang Euro.

Presiden US, Donald Trump mengatakan bahawa beliau akan mengumumkan keputusan pada hari Selasa tentang perjanjian nuklear dengan Iran, dimana beliau telah berulang kali mengancam agar tidak meneruskan projek nuklear tersebut.

Pengukuhan hasil bon US dan data ekonomi yang kukuh telah mendorong pengukuhan US dolar pada minggu ini. Manakala, data pekerjaan bercampur.

USD/JPY masih menyusut tetapi pada kadar 0.11% kepada 108.98. AUD/USD menyusut sebanyak 0.19% kepada 0.7501.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat