Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

501

Matawang US dolar menyusut sedikit daripada paras tertinggi 6 bulan lalu berbanding matawang utama yang lain pada hari Khamis. Dalam masa yang sama, matawang pound dan euro juga mengalami penyusutan menyebabkan ia menjadi faktor pendukung terhadap matawang US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding 6 matawang utama, meningkat sebanyak 0.46% kepada 93.94 kemudian mengalami penyusutan kepada paras 93.82 setakat jam 9.25 a.m.

Jabatan perdagangan melaporkan bahawan jualan rumah baru jatuh sebanyak 1.5% setahun kepada 662,000 unit pada bulan lepas, bacaan ini tersasar daripada sasaran pakar ekonomi.

Bacaan awal data pembuatan PMI US pada bulan Mei sejajar dengan jangkaan iaitu pada 56.5. Manakala, data perkhidmatan PMI mencatat bacaan 55.7, ,melebihi jangkaan pakar ekonomi.

US dolar masih lagi di paras tinggi walaupun mencatat penyusutan salah satunya didorong oleh penyusutan matawang euro and pound.

EUR/USD jatuh 0.70% kepada $1.1698, menyusut daripada paras tertinggi sesi iaitu $1.1790. Hal ini adalah disebabkan pemain pasaran menjual matawang tersebut kerana kekhuatiran ketidaktentuan politik di Itali dan pertumbuhan zon Eropah. Walaubagaimanapun, pada ketika ini matawang EUR/USD telah mula mengukuh kepada $1.1704.

GBP/USD jatuh 0.67% kepada $1.3341 selepas data harga pengguna perlahan pada bulan April, menyebabkan harapan BOE untuk naikkan kadar faedah semakin jauh. Pada ketika ini GBP/USD telah membuat kenaikan kepada 1.3357.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat