Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

575

US dolar mengukuh ke paras terendah 6 bulan lalu berbanding matawang lain seperti euro. Hal ini disebabkan pedagang membeli matawang tersebut berikutan ketidakpastian politik di zon Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.48% kepada 94.81 setakat jam 8.45 pagi.

EUR/USD jatuh keparas bacaan $1.1539 berikutan ketiakpastian politik di Itali dan Sepanyol.

Itali menghadapi pilihan raya baru-baru ini, dimana ia mampu membawa kepada kerajaan yang berisifat Euroskeptikal. Hal ini dapat memberi ancaman pada masa hadapan di zon Eropah selepas perdana menteri Giuseppe Conte menggugurkan mandat beliau untuk mencipta kerajaan pada 27 Mei.

Selain daripada keadaan politik di Itali, sentimen matawang euro juga terkait dengan ketakutan pilihan raya di Spain. Ini disebabkan parti pihak pembangkang membentangkan usul menentang kerajaan berikutan skandal rasuah.

Menurut Action Economics, ketegangan politik mampu memberi kesan kepada pembuatan dasar dimana ia telah mulai bergerak perlahan sejak tahun ini.

Dalam masa yang sama, data ekonomi US yang bercampur telah mendorong matawang US dolar.

GBP/USD jatuh keparas 1.3251, manakala, USD/CAD naik keparas 1.3028 disebabkan kejatuhan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat