Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

451

Matawang US dolar mengukuh pada hari Isnin selepas laporan yang positif dikeluarkan, walaubagaimanapun ketidakpastian keaadan poltik membataskan pengukuhan tersebut.

Indeks US dolar berbanding enam matawang utama mengukuh keparas 94.09 daripada bacaan semalam namun kini mencatat penyusutan setakat jam 9.15 pagi.

Pertumbuhan data pekerjaan yang memberangsangkan pada hari Jumaat dan peningkatan kadar upah pada bulan Mei membawa indikasi bahawa kadar faedah bakal ditingkatkan oleh Fed dan meningkatkan jangkaan bahawa terdapat 4 kali peningkatan kadar pada tahun ini.

Matawang US dolar mengukuh 0.15 peratus berbanding yen pada 109.66.

Namun, keadaan politik sedikit berkocak iaitu situasi politik di Itali dan ketegangan perdagangan antara US dan sekutunya.

Menurut penganalisis, laporan pekerjaan dan fundamental US yang kukuh telah membantu matawang US dolar untuk pulih kembali. Namun, ketidakpastian perjumpaan US-Korea Utara masih mengimbangi pergerakan matawang.

Matawang Euro mengukuh pada hari ini selepas mencatat hampir 0.3 peratus pada hari Jumaat.

Matawang AUD/USD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.18 peratus kepada 0.7582.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat