Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

625

US dolar melemah berbanding enam matawang utama yang lain di sebabkan oleh perang perdagangan dalam bulan ini.

Indeks US dolar melemah pada sesi dagangan asia sebanyak 0.25% kepada paras 89.25 setakat jam 9.50 a.m

Presiden Donald Trump telah merancang untuk menetapkan tarif sebanyak $50 bilion pada import China sebbagi penalti kepada negara China berikutan amalan perdagangan yang berkaitan dengan kencurian harta intelek

Pelabur bimbang, tarif tersebut boleh mencetuskan perang perdagangan dengan China dan teradapat kemungkinan bahawa China akan mengenakan tarif keatas A.S. termasuklah mengenakan tarif ke atas syarikat-syarikat semikonduktor A.S yang kebanyakkan hasil diperolehi dari China. Selain itu produk pertanian seperti kacang soya juga akan terpalit sama.

Matawang Yen mengukuh dengan akibat kebimbangan para pelabur terhadap perang perdagangan dan pair USD/JPY turun ke kepada harga 104.89 sebanyak 0.37%.

US dolar mula pulih dari harga terendah satu bulan dan mengalami tekanan sedikit apabila pasaran terus memikirkan padangan dovish terhadap The Fed pada awal pagi Khamis selepas menaikkan kadar faedah berikutan tiada lagi tiga penambahan pada tahun 2018.

The Federal Reserve Open Market (FOMC) bagaimanapun memberi isyarat bahawa kenaikan kadar faedah lebih pantas untuk tahun 2019 dan 2020.

“Walaupun kenyataan FOMC lebih kepada hawkish pada tahun mendatang, kami menjangkakan The Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada tahun 2018.” kata Morgan Stanley.

Pair GBP/USD menaik sebanyak 0.15% kepada paras 1.4118 pada sesi perdagangan Asia selepas Bank of England (BoE) mengekalkan polisi dan kadar faedahnya pada hari Khamis.

Pair EUR/USD naik sebanyak 0.24% kepada paras 1.2332 sementara pair USD/CAD menurun sebanyak 0.22% kepada paras 1.2910 kerana kejatuhan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat